Tauliah Rawatan Alternatif

Tauliah Rawatan Alternatif

Oleh: Sdr ROKIMAN SHAH BIN HARON

Comments Off

NUTRISI


.

Karbohidrat

*

Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.
*

Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga.
*

Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida.
*

Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan galaktosa.
*

Disakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air.
*

Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasa manis.
*

Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen.



Protein

*

Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen.
*

Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging, dan keju.
*

Monomer bagi protein ialah asid amino.
*

Dua kelas asid amino ialah asid amino perlu dan asid amino tidak perlu.
*

Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disintesiskan dalam sel, contohnya leusina, dan lisina.
*

Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya ialah alanina.
*

Dua kelas protein ialah protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
*

Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur.
*

Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan buah-buahan.



Lipid

*

Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan.
*

Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak pula berada dalam keadaan cecair.
*

Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan sebagai penebat haba, dan perlindungan.



Vitamin

Vitamin


Sumber


Fungsi


Kesan kekurangan

A (retinol)


susu, kuning telur, mentega, minyak, hati, ikan, lobak merah, bayam,dan sayuran


*

Mengekalkan fungsi mata
*

Memelihara kesihatan kulit
*

Membina ketahanan terhadap penyakit



*

Rabun malam
*

Xeroftalmia
*

Kulit kering, bersisik

Tiamin


Yis, bijirin, daging, hati


*

Fungsi normal saraf



*

Beri-beri

Riboflavin


Yis, bijirin, keju, susu, sayuran hijau


*

Mengawal pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan kulit



*

Kulit merekah di mulut, hidung, dan telinga
*

Sakit mata, lidah membengkak

Niasin


Yis, bijirin, hati, kopi


*

Memelihara kesihatan sistem saraf



*

Pelagra

Asid pantotenik


Kuning telur, hati, ikan, sayuran hijau


*

Pembentukan antibodi



*

Kelesuan
*

Kekejangan otot

Piridoksin


Daging, ikan, bijian, telur, pisang, dan kentang.


*

Fungsi normal otak
*

Keimunan



*

Pertumbuhan terbantut

Kobalamin


Daging, ikan, tenusu


*

Pembentukan sel darah merah



*

Anemia

Asid folik


Cendawan, kuning telur, hati, sayuran hijau


*

Sintesis asid nukleik



*

Anemia

H (Biotin)


Kuning telur, hati pisang


*

Berperanan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat



*

Rambut gugur
*

Kelesuan

C (Asid askorbik)


Betik, limau, oren, tomato, sayuran hijau


*

Memelihara kesihatan kulit



*

Skurvi
*

Anemia

D (Kalsiferol)


Telur, minyak ikan kod, mentega


*

Penyerapan kalsium dan fosforus dalam usus kecil



*

Riket



E (Tokoferol)


Sayuran hijau, minyak tumbuhan, kuning telur


*

Pembentukan sel darah merah
*

Sistem pembiakan



*

Mandul
*

Keguguran

K (Filokuinon)


Bayam, sayuran hijau


*

Pembekuan darah



*

Darah tidak membeku



Garam mineral


Garam mineral Fungsi Kesan kekurangan
Kalsium

* Kandungan utama tulang dan gigi



* Pertumbuhan rangka terencat

Magnesium

* Pembinaan tulang dan gigi
* mengekalkan fungsi otot dan sistem saraf



* Fungsi otot dan saraf terjejas

Ferum

* Kesihatan kulit



* Anemia
* Kulit kering dan merekah

Natrium

* Komponen penting plasma darah



* kekejangan otot

Kalium

* Memastikan pengecutan otot yang normal
* Pemindahan impuls saraf



* Fungsi normal sel terganggu
* Menghalang pengecutan otot

Iodin

* Terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak



* Beguk
* Kretinisme

Sulfur

* Membentuk komponen sesetengah asid amino


Fosforus

* Pembentukan tulang dan gigi



* Pembentukan tulang dan gigi tidak sempurna
* Proses pemghasilan tenaga terhalang

Klorin

* Memelihara tekanan osmosis yang normal dalam bendalir sel
* Membina ATP semasa proses respirasi sel



* Kekejangan otot

Serabut dan air

* Serabut terdiri daripada gentian selulosa dinding sel tumbuhan yang melalui salur pencernaan tetapi tidak dicernakan
* Serabut membentuk bahan pejal untuk otot usus menolak semasa otot dinding usus mengecut dalam proses peristalsis.



Gizi seimbang

* Gizi seimbang mengandungi lemak, karbohidrat, rotein, serabut, garam mineral, vitamin dan air mengikut kuantiti yang sesuai bergantung kepada individu.
* Faktor-faktor yang mempengaruhi gizi seimbang ialah jantina, umur, kesihatan, dan persekitaran, dan aktiviti harian setiap individu.



Gizi tidak seimbang

* Gizi yang tidak seimbang menyebabkan malnutrisi berlaku, sama ada akibat kekurangan zat atau terlebih zat.
* Pengambilan gizi tidak seimbang untuk satu jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes melitus, dan osteoporosis.
* Terlalu banyak lemak dalam gizi menyebabkan aras kolesterol dalam darah meningkat,risiko barah dan risiko mendapat penyakit jantung meningkat.
* Makanan bertenaga tinggi yang terlalu banyak menyebabkan kegendutan yang akan menybabkan pelbagai penyakit.

Comments are closed.