Tauliah Rawatan Alternatif

Tauliah Rawatan Alternatif

Oleh: Sdr ROKIMAN SHAH BIN HARON

Comments Off

RAWATAN KIROPRAKTIK


.

Salah satu ilmu dalam Perubatan JAWI HPA ialah rawatan kiropraktik iaitu rawatan membetulkan tulang belakang. Kursus berkaitan rawatan ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 Januari di Jejawi, Perlis. Penyertaan hanya dibuka untuk 50 orang sahaja. Antara pelajaran yang akan dipelajari ialah:

1. Ilmu kiropraktik asas
2. Ilmu kiropraktik (advance)
2. Pembetulan tulang belakang menggunakan tungku besi
3. Selangkah ke alam herba (Taman herba Perlis)
4. Tiru Macam saya – usahawan herbalis.
5 . Praktikal & soaljawab langsung dengan Pengarah Urusan HPA.

Pihak JHS hanya akan menerima 50 orang terawal yang mendaftar dan mereka yang membuat bayaran RM200 sebagai bukti penyertaan. Semua pemohonan hendaklah melalui pejabat pengurus Zon Masing-masing.

backpain02

Artikel Mengenai Kiropraktik

SAKIT BELAKANG: ADAKAH RAWATAN KIROPRAKTIK MEMBANTU?

Apa kata para pengkaji

Bukti klinikal menunjukkan yang kiropraktik adalah selamat dan berkesan sepertimana juga kaedah-kaedah konvensional, yang mana melibatkan ubat-ubatan tahan sakit, rehat yang cukup dan senaman. Walau bagaimanapun sakit belakang (pinggang) biasanya akan beransur baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, sekalipun bagi pesakit yang langsung tidak mendapatkan sebarang rawatan (bergantung kepada jenis sakit juga).

Sakit belakang (pinggang) biasanya disebabkan oleh kecederaan atau ketegangan, dan tiada ubat ajaib bagi masalah ini sebenarnya. Biasanya belakang kita akan sembuh dengan sendirinya, namun dalam suatu jangkamasa yang tertentu. Walaubagaimanapun, rawatan seperti kiropraktik atau juga cara konvensional mungkin boleh melegakan diri kita sambil-sambil kita menunggu sistem tubuh badan kita menjalankan proses penyembuhan diri.

Apa yang kiropraktor buat?

Konsep rawatan kiropraktik adalah tulang belakang yang terhalang gerakkannya akan menyebabkan kesakitan dan mengurangkan keberkesanan fungsinya. Penyelarasan tulang belakang adalah salah satu bentuk terapi yang kiropraktor gunakan bagi merawat masalah tulang belakang yang terhalang gerakannya ini. Matlamat utamanya adalah untuk memulihkan kembali pergerakkan tulang belakang dan hasilnya akan memulihkan kembali fungsinya serta mengurangkan atau menghilangkan sakit belakang.

Semasa penyelarasan, kiropraktor akan gunakan tangan dalam mengenakan tekanan pada sendi-sendi, menekannya melebihi julat gerakkan normalnya. Biasanya penyelarasan ini akan diikuti dengan bunyi-bunyian ‘pop’ dan ‘krak’ (insyallah tak patah, bunyi tulang selisih je).

Kiropraktor juga mungkin akan mengurut dan membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul (kata orang lama). Ramai juga yang menggunakan rawatan tambahan seperti ‘ultrasound’, ‘electrical muscle stimulation’ dan senaman-senaman tertentu.

Adakah ianya selamat untuk semua orang?

Rawatan kiropraktik secara umumnya selamat, namun ianya tidak sesuai buat semua orang. Mereka yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan kiropraktik adalah;

1. mereka yang mengidap ‘osteoporosis’ (tulang rapuh) atau ada simptom/tanda-tanda kerosakkan saraf seperti kesemutan, serban atau hilang daya angkat tangan atau kaki.
2. mereka yang pernah menjalani pembedahan tulang belakang.
3. mereka yang sakit belakang diikuti dengan demam, kesejukkan, berpeluh atau kehilangan berat badan, kerana berkemungkinan mengidap jangkitan kuman atau tumor (ketumbuhan).

Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan kiropraktik,

1. Dapat konsultasi terlebih dahulu. Sebelum membuat temujanji rawatan, dapatkan dahulu konsultasi dengan pengamal terbabit, sama ada secara berjumpa atau telefon, bagi mengetahui bagaimana cara dia menangani sakit belakang anda. Pastikan yang anda rasa selesa dengan cadangannya dan bilangan sesi yang anda harus ikuti serta tak lupa bayaran yang dikenakan. Bagi sakit belakang (pinggang) yang teruk, 4 ke 6 sesi biasanya sudah memadai.
2. Fahami risikonya. Penyelarasan kiropraktik ada beberapa risikonya juga.

Langkah pencegahan

Dengan sedikit penjagaan dan perhatian dapat membantu anda menghindari sakit belakang. Kekalkan berat badan yang sihat, sentiasa bersenam/beriadhah, duduk tegak, bila angkat sesuatu yang berat, biarkan kaki anda yang bekerja (bukan belakang), hindari aktiviti yang melibatkan pergerakan membongkok terlalu kerap dan jika duduk atau berdiri untuk suatu jangkamasa yang lama, maka berehatlah beberapa kerap dengan berjalan-jalan sekeliling.

Comments are closed.