Perkhidmatan yang disediakan:
1. Perawatan BEKAM (AL-HIJAMAH), KIROPRATIK (URUTAN TULANG BELAKANG),
URUTAN AKUFREASURE REFLEKSOLOGI- Sila buat temujanji
2. Perjualan produk herba rebusan, kapsul dll
3. Khidmat Kaunseling
Penawar Alami melangkah setapak lagi dalam penyediaan rawatan alternatif berteraskan herba di No 1182 Mk 5 Jalan Selamat Sungai Bakap. Orang ramai boleh mendapatkan khidmat Kaunseling Perubatan dan Rawatan Sunnah untuk pelbagai Penyakit. Rawatan akan dibuat oleh perawat yang telah ditauliahkan sijil dari Kolej Perubatan Jawi (PPJ) dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan Bumiputra Jabatan Perdana Menteri kepada Sdr Rokiman Shah bin Haron, Ustaz Ahmad Nasri bin Nasir, Pn Hjh Siti Rokiah bt Baharuddin.
Orang ramai yang ingin berurusan di Penawar Alami boleh membuat temujanji dengan menghubungi di talian 019-4668877 atau SMS kepada kami di talian yang sama..
"Tidaklah ALLAH menurunkan sesuatu penyakit, melainkan Dia turunkan penyembuh untuknya"
TERIMA KASIH
PENAWAR ALAMI ENTERPRISE
.
.
A. MUKADIMAH
“Katakanlah kepada wanita yang beriman : “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka atau putera-putera mereka atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An-Nuur : 31).
Dalam ayat tersebut di atas Allah swt melarang para wanita mukmin untuk menampakkan perhiasan (bagian tubuh) nya kecuali perhiasan (bagian tubuh) yang biasa nampak. Menurut Allah swt ada dua bagian tubuh yang boleh ditampakkan oleh seorang wanita yaitu muka dan telapak tangan.
Sesungguhnya jika kita cermati secara lebih mendalam ayat tersebut mengandung rahasia yang sangat besar dan sangat berguna bagi kehidupan manusia, terutama dalam bidang kesehatan (pengobatan). Muka dan Telapak Tangan adalah dua bagian tubuh yang dari keduanya kita bisa mengenali kondisi kesehatan serta penyakit yang diderita oleh orang yang bersangkutan.
Melalui raut muka kita bisa mengenali apakah orang yang bersangkutan dalam keadaan sakit atau sehat. Raut muka juga bisa mengekspresikan karakter seseorang apakah dalam keadaan senang, sedih, gembira atau bahkan tertekan / stress.
Demikian halnya telapak tangan (Sign of Hand) bisa menggambarkan kondisi serta kelainan-kelainan yang terdapat pada organ-organ lain di dalam tubuh manusia. Pada telapak tangan tersimpan seribu rahasia tentang kesehatan manusia.
.
واذ قال ربك للملا ئكة اني جاعل فى الارض خليفة قالوا اْ تجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الد ماء ونحن نسبح بحمد ك ونقد س لك قالا إنىأعلم ما لا تعلمون.
البقرة : .3
Maksudnya :
Ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat aku akan menjadikan manusia menjadi Khalifah di atas muka bumi
Malaikat bertanya adakah tuan mahu menjadikan Khalifah dari kalangan mereka yang sering membuat kerusakan dan pertumpahan darah ? Sedangkan kami sentiasa memujimu dan memuliakanmu .Tuhan berkata : aku tahu apa yang kamu tidak tahu. ) Al Baqarah : 30(.
SIFAT-SIFAT PEMIMPIN
.
1. BERLAPANG DADA
2. PEMAAF
3. AMALKAN PRINSIP SYURA “ MESYUARAT”
وشاورهم في الاْمر فاذا عزمت فتوكل علي الله .
4. SABAR DAN TABAH
5. TEGAS DAN DIPLOMASI
6. KEADILAN DAN PERSAMAAN .
العدالة والمساواة .
7. PERIBADI DAN WATAK YANG SEMPURNA.
Riwayat
.
"Tidaklah ALLAH menurunkan sesuatu penyakit, melainkan Dia turunkan penyembuh untuknya"
Riwayat oleh : Al-Bukhari :5678 Ath-Thibb
Kunci Zuhud
.
Aku tahu,
Rezekiku tak mungkin diambil orang lain,
lantaran itu hatiku tenang
Aku tahu,
amal-amalku tak mungkin dilakukan orang lain,
maka aku sibukkan diriku untuk beramal
Aku tahu,
Allah selalu melihatku
Lantaran itu aku malu bila Allah mendapatiku berbuat maksiat
Aku tahu,
Kematian menantiku Maka,
kupersiapkan bekal untuk berjumpa dengan Rabbku
( Hasan Al Basri )
Rukun Penyembuhan dalam Pengubatan Tradisional
.
1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)
Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.
2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)
Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.
3. KRISIS PENYEMBUHAN
Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-
a)Bertambah keluar penyakit. Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.
b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain. Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.
c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki. Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.
d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.
4. DOSIS YANG MENCUKUPI
Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.
Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.
Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba HPA khususnya.