Tauliah Rawatan Alternatif

Tauliah Rawatan Alternatif

Oleh: Sdr ROKIMAN SHAH BIN HARON

Aqidah herbalis Muslim


.

Sebagai seorang herbalis Muslim wajib padanya memahami perkara-perkara asas dalam Ugama kerana pesakit perlu dibimbing agar jangan sampai aqidahnya menjadi cacat
1. Tauhid
Tauhid terbahagi kepada 3 iaitu tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’wa sifat. Kesempurnaan aqidah seseorang itu ialah apabila ia mempunyai ketiga-tiga tauhid ini. Orang-orang kafir hanya beriman dengan tauhid Rububiyah sahaja tetapi mengingkari dengan tauhid yang lain. Oleh sebab itu memahami ketiga-tiga jenis tauhid ini sangat penting agar benarnya aqidah kita.
2. Hukum meninggalkan solat
Pada umum hadis menyatakan “barangsiapa yang meninggalkan solat, kafirlah ia dengan nyata.” Hadis ini diperbincangkan dengan panjang lebar oleh ulamak menunjukkan betapa pentingnya solat. Cukuplah kita berpegang dengan zahir hadis agar solat itu terjaga amalannya.
3. Hukum Allah
Wajib bagi seorang muslim menerima 100% setiap hukum yang telah ditentukan oleh ALLAH tanpa berdalih dengan seribu alasan. Mustahil bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi memerintahkan sesuatu hukum yang tidak sesuai dengan zaman hari ini

Your Reply