Tauliah Rawatan Alternatif

Tauliah Rawatan Alternatif

Oleh: Sdr ROKIMAN SHAH BIN HARON

SENANGKAN HATIMU


.

Kalau badanmu sihat, Senanglah hatimu, Tandanya telah ternyata pada dirimu, Kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya Kerana badan yang sihat, Mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan, Dan menempuh padang kesulitan, Dan kalau engkau sakit, Senangkanlah hatimu, Kerana sudah ternyata bahawa dirimu, Adalah medan tempat perjuangan, Di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, Iaitu kesihatan dan kesakitan, Kemenangan akan terjadi pada salah satu yang kuat, Kesembuhan mesti datang sesudah perjuangan itu, Baik kesembuhan di dunia atau kesembuhan sejati…

Nukilan Tasawuf Moden : PROF DR. BUYA HAMKA Tasik Maninjau, Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat.

Aqidah herbalis Muslim


.

Sebagai seorang herbalis Muslim wajib padanya memahami perkara-perkara asas dalam Ugama kerana pesakit perlu dibimbing agar jangan sampai aqidahnya menjadi cacat
1. Tauhid
Tauhid terbahagi kepada 3 iaitu tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan Asma’wa sifat. Kesempurnaan aqidah seseorang itu ialah apabila ia mempunyai ketiga-tiga tauhid ini. Orang-orang kafir hanya beriman dengan tauhid Rububiyah sahaja tetapi mengingkari dengan tauhid yang lain. Oleh sebab itu memahami ketiga-tiga jenis tauhid ini sangat penting agar benarnya aqidah kita.
2. Hukum meninggalkan solat
Pada umum hadis menyatakan “barangsiapa yang meninggalkan solat, kafirlah ia dengan nyata.” Hadis ini diperbincangkan dengan panjang lebar oleh ulamak menunjukkan betapa pentingnya solat. Cukuplah kita berpegang dengan zahir hadis agar solat itu terjaga amalannya.
3. Hukum Allah
Wajib bagi seorang muslim menerima 100% setiap hukum yang telah ditentukan oleh ALLAH tanpa berdalih dengan seribu alasan. Mustahil bagi ALLAH yang menciptakan langit dan bumi memerintahkan sesuatu hukum yang tidak sesuai dengan zaman hari ini


.

Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam.Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.


.

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka jangan dilakukan secara terang-terangan. Akan tetapi nasihatilah dia di tempat yang sepi, jika menerima nasihat itu, maka sangat baik dan bila tidak menerimanya, maka kamu telah menyampaikan kewajiban Nasihat kepadanya”. (H.R Imam Ahmad).


.

Selamat datang saya alukan
Kepada anda surfers budiman
Di Serambi Pantun kita diketemukan
Semoga silaturahim dapat dijalinkan

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara


.

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."